Friday, March 4, 2016

Kepentingan Memandu Secara Selamat Demi Keselamatan Diri dan Orang Sekeliling

Assalamualaikum,

Tulisan ini ditulis dari Negara yang diberkati iaitu Malaysia, setelah tiga tahun empat bulan berada di bumi Aberdeen, Scotland, akhirnya sampai lah masa untuk kembali pulang ke tanahair.

Selama bermusafir di Scotland, banyak yang dipelajari dan bulih di praktikkan dalam kehidupan seharian dan diamalkan sehingga akhir hayat. Antara perkara yang paling penting yang benar-benar memberi kesan ialah cara pemanduan yang berhemah.


Satu artikel yang diterbitkan the star menunjukkan malaysia sebuah negara yang tidak selamat untuk pengguna jalan raya dengan berada di ranking ke-17 dunia terburuk untuk rekod kematian. Link di bawah: http://www.thestar.com.my/news/nation/2014/02/22/nations-with-deadliest-roads-malaysia-17th/

Friday, October 31, 2014

Maghribi Honey Lamb Ribs

Bismillah

Assalamualaikum,

Kali ni menu saya buat kebaratan + afrika utara yang dinamakan Maghribi Honey Lamb Ribs. Bahan2 yang digunakan pon senang. Bulih kate tahap kesukaran untuk buat ni, level easy lah, sebab main campak, tuang, gaul jer.

Lamb ribs ni harga murah lagi berbanding lamb shoulder atau pon lamb leg.. sebab isi dia sikit, dan tulang dia banyak. Unsung parts. Orang x pandang sangat, tapi ni antara yang best sebenarnya.

Bahan-bahan yang diperlukan

1kg Lamb Ribs
1/2 Cawan Madu
1/2 Cawan Minyak Zaitun
1/4 Brown Sugar

Spice Mix Maghribi:

1tsp Serbuk Jintan
1tsp paprika (Lebih pon takpe)
1/2 tsp serbuk kulit kayu manis
1/2 tsp serbuk ketumbar
1/2 tsp cayenne pepper
Citrus salt, sea salt dan serbuk lada hitam.
_________________________________________________________________________________

Cara-caranya

1. Campurkan madu dan minyak zaitun dalam satu bekas, dan asingkan
2. Campurkan semua spice mix maghribi, dan campurkan brown sugar. Gaulkan biar sebati
3. Masukkan campuran madu dan minyak zaitun ke dalam campuran herba maghribi.
4 Gaulkan ke atas lamb ribs. Perapkan selama 10 jam sekurang2 nya.
5. Panaskan grill/pemanggang, panggang selama 20-25 minit.

Sekian.




Tuesday, October 28, 2014

Lamb Kashmiri Versi Aberdeen

Bismillah,

Assalamualaikum,

Bulan puasa baru ni, saya ada buat satu menu yang agak popular di UK ni, menu yang berasal dari pakistan, yang menggunakan daging kambing sebagai bahan utama masakan. Menu yang dinamakan "lamb kashmiri".
Menu lamb kashmiri ni macam ala2 lamb handi jugak rasa dia, tapi sebab ada pakai parut kelapa, itu yang buat rasa die sedap dan unique berbanding curry yang lain.

Lamb Kashmiri

Hidangan untuk 4 orang
• 4 biji cili kering
• 3 biji cili hijau
• 1 sudu jintan putih (biji)
• 1 sudu teh garam masala
• 1 inci halia
• 5 ulas bawang putih
• 4 sudu besar kelapa kering atau kelapa parut
• 3 tomato, dicincang
• 6 sudu besar minyak (pakai minyak sapi atau minyak sayur)
• 2 biji bawang besar, dihiris nipis
• 1 kg kambing, dicuci, keringkan dan potong "curry size"
• 1/2 liter yoghurt
• 1/2 tsp kunyit
• 1/2 tsp saffron
• 20 biji badam
• Daun ketumbar segenggam
• garam secukup rasa
________________________________________
Cara-caranya

Persiapan: 15min> memasak: 1jam30min> jumlah: 1jam 45min
1. Blenderkan cili merah kering, cili hijau, biji jintan putih, garam masala, halia, bawang putih, kelapa parut dan tomato sekaligus untuk dijadikan curry pes.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang hingga kekuningan.
3. Campakkan pes tadi dan goreng sampai naik minyak.
4. Masukkan daging kambing, dan sedikit garam (Jangan banyak sangat garam), masak sehingga daging kambing lembut. Kacau sokmo.
5. Masukkan yoghurt, kunyit, saffron dan badam dan kacau sehingga rata.
6. Masak di atas api kecil sehingga daging empuk dan curry jadi pekat.
7. Hiaskan dengan daun ketumbar.
8. Hidangkan dengan nasi panas yang baru dikukus. perghhh

Pesanan penaja: kalau nk makan,jangan makan banyak2, kolesterol tinggi,
 dan lagi, kalau bulih, jangan ganti yogurt dengan santan, x menjadi

Selepas setahun

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak menaip guna keyboar laptop ni. Sibuk dengan hal duniawi, study, jaga anak anak. Setelah setahun sejak oktober 2013, tamatlah riwayat MSc Project Management di RGU. Alhamdullilah, walaupon keputusan hanya sekadar lulus, tapi bila reflect balik pengorbanan yang di lakukan oleh isteri, amatlah bersyukur dengan kejayaan ni.

Secara rasminya, saya telah menghantar final dissertation pada 12th October 2014, dengan itu tamatlah kisah hidup sebagai student. Banyak cabaran dan dugaan sepanjang bergelar sebagai student. Hinggakan nak update blog langsung tak sempat.

Tajuk dissertation saya agak panjang, hahaha. "why experienced contractor struggle to adopt a QMS systematically when managing the project?: The Malaysian Experience". Tajuk ni saya pilih berdasarkan minat, pengalaman kerja dan lebih related kepada study saya ni.

"Why Experienced Contractor struggle to adopt QMS systematically when managing project?: The Malaysian Experience"
Berbagai cabaran ketika nak siapkan dissertation ni, setelah 2 bulan buat, baru sedar yang format saya buat tak seperti skema yang diperlukan lecturer.

Serba sedikit tentang kajian yang saya buat ni, saya bercadang untuk mengkaji sebab-sebab kebanyakan syarikat2 di dalam industri oil and gas struggle untuk mengaplikasikan QMS (Quality Management System) secara sistematik, dan saya menggunakan kajian2 terdahulu dari pengkaji dan practitioner dalam project management ni. Jadi, saya buat rumusan dan cari apakah punca utama yang menyebabkan syarikat2 berpengalaman ini sentiasa menghadapi kesukaran dalam memastikan sistem QMS mereka benar2 membantu mereka dalam menguruskan projek.

Akhir kata, Alhamdullilah, sangat2 syukur dengan siapnya thesis/dissertation ni.

Wassalam




Friday, September 6, 2013

Aidilfitri di Aberdeen

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

29 Syawal 1434
5th September
Thursday

Selamat Hari Raya di ucapkan walaupon dah terlambat, dah lama tak menaip,cuti panjang sangat baru ni,pergi jalan sana,jalan sini.

Raya di Aberdeen,kita start dengan solat sunat aidilfitri, kat sini,solat sunat besar besaran buat di Ballroom,memang tak muat kalau nk buat kat masjid, so,muslim community sini tempah la sebijik ballroom ni,

Solat sunat start seawal 8.30 pagi,macam biasalah,diikuti khutbah. Kat sini, solat raya buat 2 session, sebab nk accomodate orang ramai kan.

Lepas jer solat raya,terus serbu teratak kami, hari raya kali ni,adinda Amir Asymunir datang beraya. Kali ni chef Amir buat satay, memang no.1 laku nya.

Gambar2 berhari raya dalam rumah kami.







Selepas beraya rumah kami, terus merata rata kami bergerak,dari rumah ke rumah. Yang bestnya, raya musim summer,jadi, siangnya panjang, memang sampai ke malam (cerah lagi) kami berjalan2.


Rumah Zaidi.






Sunday, July 7, 2013

Hari Keluarga PMA, Majlis Graduasi PMA dan BBQ 2013

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

24 Syaaban 1434
3rd July 2013
Wednesday

Minggu lepas kami ada buat BBQ besor besoran kat Aberdeen, bertempat di Balmedie Beach. Planning dan preparation untuk program ni dibuat sebulan lebih awal. Ada beberapa AJK yang dilantik untuk pastikan program ni berjalan lancar. Orang kuat program ni ialah Presiden sendiri yaitu Tuan Haji Hamdan dan Brother Shafiq.

Balmedie Beach ni tempat sama BBQ program Persatuan Melayu Aberdeen (PMA) tahun2 lepas. Tahun lepas pon buat kat sini jugak.

Jadi,aku nok tulis banyok2 pon tak de idea..entry kali ni aku post gambor je la..biar gambor berbicara.





Upacara memasang khemah,



Bergotong royong pasang khemoh


Mang wat mende tu?



Beach boys?


Tuang presideng 
Chef gebu tolong faizal tahir



Brother Shafiq and Jimmy

Otai nih


Puakkkk dalang mulut

New family member,Noor and Daniel



Our one and only Malaysian Indian in our big family

Presiden dan bendahari beraksi

Jiha shall be a good runner in future.

Gembira pon gembira jugok,solat tetap tidak dilupakan



Our official Cameraman

Zuhair in action.action la sangat



Faiq and family memperkenalkan diri

Dr Idan mengucapkan selamat jalan.

Listen to the boss here.

Tiup belon sampai pecoh
Team yang menag,patut bergaya semacam

Game kanak2 riang


Team yang kalah
Alhamdullilah, program BBQ ni berjalan lancar dan cuaca yang baik mengiringi program ni dari mula sehingga akhir, Suhu tertinggi aritu cecah 26 Deg celcius..Oven Baked la kiranya ni.

Gambar terakhir,our big family in Aberdeen. Muga berjumpa lagi di kesempatan yang ada.

Sekian,

Terima kasih.

Sunday, June 23, 2013

Jom Mengail di Aberdeen

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

15 Syaaban 1434
24th June 2013
Sunday

Memancing ni biasanya aktiviti aku masa lapang jugak. Aku pergi mancing sekitar aberdeen ni,ada beberapa port menarik yang boleh mancing. Dari sungai,muara, tepi laut,laut,kolam,kolam buatan,longkang.(yang ni kat malaysia je k). Aku pergi mancing dengan sifu aku biasanya. Muhammad Badriz,die ni sifu mancing kat aberdeen kot. Tapi lately ni dia kurangkan sikit aktiviti die,al maklum lah,nak sambut orang baru dalam keluarga. InsyaAllah.

Ni antara tempat2 mancing kat Aberdeen ni. :

i) Bridge of Dee river, aku first mancing kat sini aritu bulan 2,tapi masa tu kami tak tau lagi selok belok mancing kat Scotland,dengan semangat bawak batang pancing, konon nak pergi mengail, park kereta kat Balganask golf course,kami turun kat tepi pantai nk mengail,tapi pergi mancing 15 minit jer,ikan tak dapat, yang dapat tangan aku yang beku,nasib baik tak pengsan kat situ. Mat saleh tepuk tangan tengok kitaorang mengail kat situ, dalam hati diorang sah2 dia kate kami yang mengail ni gila. Ye r, macam mana nk mengail, nak ikat mata kail pon x boleh. Kadang kadang, anjing laut ada jugak jengok2 kami masa mengail tu. Maaf, gambar Bridge of Dee tak de.

ii) Aku lupa apa nama tempat ni, dekat dengan Tullos basically.kami pergi ke perkampungan/pelabuhan nelayan,sini tempat die lawa sket.macam gambar bawah ni. tapi,sejuk tu tetap sejuk,mancing 1 jam setengah,terus shoot balik,masalah sama. Tangan tak boleh nk keluarkan dari poket.

Yang ni kat pelabuhan nelayan,sejuk ya amat
 iii) Bridge of Don (2 gambar di bawah) , serious,lepas jumpa tempat ni,syukur sesungguhnya, tempat nice, selesa, yang ni kami boleh stay lama,sebab aritu temperature tinggi, dalam 14 deg celcius. Kat sini pon banyak anjing laut main2 sambil anjing laut tersebut menganjing kan kami yang tak dapat2 ikan.ciss

Muara sungai Bridge of Don,ni gambar masa bulan 4 aritu.

Bridge of Don Quay
 4) Seaton Park ni kalau kira x leh mengail, kalau nk mengail, kena beli permit,satu permit harga 2 pound. Boleh mancing satu hari, tapi aku tak pernah beli. Kiranya mengail secara illegal lah ni. Tempat ni paling best la kot. Aku pergi ngail biasa weekday,jadi takde la orang ramai kat seaton park ni. Tapi, haram sekor pon x dapat ikan.
Seaton park river,airnya deras,baling umpan,berterabur umpan aku.



Spot yang kami selalu memancing


Sometimes,swan couple with us. :)

Sifu tengah cari umpan terjatuh,

Alat2 mancing aku beli kat ebay,amazon, kadang kat poundworld (yang ni kedai harga barang satu pound sume).  Reel aku beli kat amazon, rod beli kat ebay, barang2 macam mata kail (ni pakai sifu punya), batu pemberat beli kat kedai memancing kat sini. Nama kedai tu Bill Bain Fishing Tackle,owner kedai tu pakcik tua,aku pergi kedai dia,kalau 100 ayat die cakap,30 je aku faham,ntah bahasa scottish zaman bile tah dia cakap. cakap sumbat makanan dalam mulut. Sumpah,aku angguk2 jer,konon faham lah dia cakap. Tapi, kau dah duduk tempat orang, nak tak nak, kena fahamkan jugak ape diorang cakap kan..Aku rase dia memang jenis old school gila kot,jenis dialek yang tak boleh nak ubah langsung..By the way, bait casting reel aku beli kat amazon. harga £28.00. Rod aku beli kat ebay £12.00. Fishing line apa sume kat kedai bawah ni.

Bill Bain's Fishing Tackle Shop



Reel pertama aku kat scotleng.


Pandangan dari depang
Ni aku beli kat pound shop. harga 1 pound

Pound shop jgk, 1 pound

Tapi, yang menyedihkan sikit, sepanjang aku mengail kat aberdeen ni, satu ekor ikan tak pernah lekat kat mata kail. macam macam teori aku ngn badriz buat, antaranya, maybe ikan tu sejuk,jadi tak aktif (ni masa mula2 kami mengail), ikan sini tak makan umpan udang (actually, shrimp is prohibited as a bait), pastu kami tukar umpan mussel,tukar cacing, tukar dedak,semua tak melekat. Tak ada rezeki lagi kot.

Untuk makluman, umpan udang tak boleh pakai kat sini, diorang cakap, umpan udang di haramkan sebab kalau pakai umpan ni,senang nak dapat. Senang nk dapat my as*.

Untuk ikan pulak, ada beberapa jenis ikan yang biasa bermain, kalau ikut musim, sekarang, mackerel pon ada kat muara laut/sungai. kadang kadang sea bass, haddock ada, bream. Kalau masuk ke hulu sket, ada la salmon dan rainbow trout. Memang ikan kat sini tak banyak jenis macam kat malaysia. Tak banyak jenis satu hal, tak makan umpan aku satu hal, at least kat Malaysia ada jugak ikan buntal yang tolong makan kan umpan aku.

Yang ni ikan Haddock, buat kari sedap.

Sea Bass, buat 3 rasa, panggang lada atau buat ikan masak daun limau purut best. Sama spesies dengan siakap jugak ni


Rainbow Trout, nk masak apa ya?boleh la nk buat ape2 pon. ikut suka mu r. malas aku layan


Tu je lah kot, lain kali kalau ada apa2 best ke, kalau aku boleh ikan ke, aku update lagi. Setakat ni,tu je lah perkongsian mengail di Aberdeen. InsyaAllah, moga ketemu lagi.

Assalamualaikum.