Friday, September 6, 2013

Aidilfitri di Aberdeen

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

29 Syawal 1434
5th September
Thursday

Selamat Hari Raya di ucapkan walaupon dah terlambat, dah lama tak menaip,cuti panjang sangat baru ni,pergi jalan sana,jalan sini.

Raya di Aberdeen,kita start dengan solat sunat aidilfitri, kat sini,solat sunat besar besaran buat di Ballroom,memang tak muat kalau nk buat kat masjid, so,muslim community sini tempah la sebijik ballroom ni,

Solat sunat start seawal 8.30 pagi,macam biasalah,diikuti khutbah. Kat sini, solat raya buat 2 session, sebab nk accomodate orang ramai kan.

Lepas jer solat raya,terus serbu teratak kami, hari raya kali ni,adinda Amir Asymunir datang beraya. Kali ni chef Amir buat satay, memang no.1 laku nya.

Gambar2 berhari raya dalam rumah kami.







Selepas beraya rumah kami, terus merata rata kami bergerak,dari rumah ke rumah. Yang bestnya, raya musim summer,jadi, siangnya panjang, memang sampai ke malam (cerah lagi) kami berjalan2.


Rumah Zaidi.






Sunday, July 7, 2013

Hari Keluarga PMA, Majlis Graduasi PMA dan BBQ 2013

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

24 Syaaban 1434
3rd July 2013
Wednesday

Minggu lepas kami ada buat BBQ besor besoran kat Aberdeen, bertempat di Balmedie Beach. Planning dan preparation untuk program ni dibuat sebulan lebih awal. Ada beberapa AJK yang dilantik untuk pastikan program ni berjalan lancar. Orang kuat program ni ialah Presiden sendiri yaitu Tuan Haji Hamdan dan Brother Shafiq.

Balmedie Beach ni tempat sama BBQ program Persatuan Melayu Aberdeen (PMA) tahun2 lepas. Tahun lepas pon buat kat sini jugak.

Jadi,aku nok tulis banyok2 pon tak de idea..entry kali ni aku post gambor je la..biar gambor berbicara.





Upacara memasang khemah,



Bergotong royong pasang khemoh


Mang wat mende tu?



Beach boys?


Tuang presideng 
Chef gebu tolong faizal tahir



Brother Shafiq and Jimmy

Otai nih


Puakkkk dalang mulut

New family member,Noor and Daniel



Our one and only Malaysian Indian in our big family

Presiden dan bendahari beraksi

Jiha shall be a good runner in future.

Gembira pon gembira jugok,solat tetap tidak dilupakan



Our official Cameraman

Zuhair in action.action la sangat



Faiq and family memperkenalkan diri

Dr Idan mengucapkan selamat jalan.

Listen to the boss here.

Tiup belon sampai pecoh
Team yang menag,patut bergaya semacam

Game kanak2 riang


Team yang kalah
Alhamdullilah, program BBQ ni berjalan lancar dan cuaca yang baik mengiringi program ni dari mula sehingga akhir, Suhu tertinggi aritu cecah 26 Deg celcius..Oven Baked la kiranya ni.

Gambar terakhir,our big family in Aberdeen. Muga berjumpa lagi di kesempatan yang ada.

Sekian,

Terima kasih.

Sunday, June 23, 2013

Jom Mengail di Aberdeen

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

15 Syaaban 1434
24th June 2013
Sunday

Memancing ni biasanya aktiviti aku masa lapang jugak. Aku pergi mancing sekitar aberdeen ni,ada beberapa port menarik yang boleh mancing. Dari sungai,muara, tepi laut,laut,kolam,kolam buatan,longkang.(yang ni kat malaysia je k). Aku pergi mancing dengan sifu aku biasanya. Muhammad Badriz,die ni sifu mancing kat aberdeen kot. Tapi lately ni dia kurangkan sikit aktiviti die,al maklum lah,nak sambut orang baru dalam keluarga. InsyaAllah.

Ni antara tempat2 mancing kat Aberdeen ni. :

i) Bridge of Dee river, aku first mancing kat sini aritu bulan 2,tapi masa tu kami tak tau lagi selok belok mancing kat Scotland,dengan semangat bawak batang pancing, konon nak pergi mengail, park kereta kat Balganask golf course,kami turun kat tepi pantai nk mengail,tapi pergi mancing 15 minit jer,ikan tak dapat, yang dapat tangan aku yang beku,nasib baik tak pengsan kat situ. Mat saleh tepuk tangan tengok kitaorang mengail kat situ, dalam hati diorang sah2 dia kate kami yang mengail ni gila. Ye r, macam mana nk mengail, nak ikat mata kail pon x boleh. Kadang kadang, anjing laut ada jugak jengok2 kami masa mengail tu. Maaf, gambar Bridge of Dee tak de.

ii) Aku lupa apa nama tempat ni, dekat dengan Tullos basically.kami pergi ke perkampungan/pelabuhan nelayan,sini tempat die lawa sket.macam gambar bawah ni. tapi,sejuk tu tetap sejuk,mancing 1 jam setengah,terus shoot balik,masalah sama. Tangan tak boleh nk keluarkan dari poket.

Yang ni kat pelabuhan nelayan,sejuk ya amat
 iii) Bridge of Don (2 gambar di bawah) , serious,lepas jumpa tempat ni,syukur sesungguhnya, tempat nice, selesa, yang ni kami boleh stay lama,sebab aritu temperature tinggi, dalam 14 deg celcius. Kat sini pon banyak anjing laut main2 sambil anjing laut tersebut menganjing kan kami yang tak dapat2 ikan.ciss

Muara sungai Bridge of Don,ni gambar masa bulan 4 aritu.

Bridge of Don Quay
 4) Seaton Park ni kalau kira x leh mengail, kalau nk mengail, kena beli permit,satu permit harga 2 pound. Boleh mancing satu hari, tapi aku tak pernah beli. Kiranya mengail secara illegal lah ni. Tempat ni paling best la kot. Aku pergi ngail biasa weekday,jadi takde la orang ramai kat seaton park ni. Tapi, haram sekor pon x dapat ikan.
Seaton park river,airnya deras,baling umpan,berterabur umpan aku.



Spot yang kami selalu memancing


Sometimes,swan couple with us. :)

Sifu tengah cari umpan terjatuh,

Alat2 mancing aku beli kat ebay,amazon, kadang kat poundworld (yang ni kedai harga barang satu pound sume).  Reel aku beli kat amazon, rod beli kat ebay, barang2 macam mata kail (ni pakai sifu punya), batu pemberat beli kat kedai memancing kat sini. Nama kedai tu Bill Bain Fishing Tackle,owner kedai tu pakcik tua,aku pergi kedai dia,kalau 100 ayat die cakap,30 je aku faham,ntah bahasa scottish zaman bile tah dia cakap. cakap sumbat makanan dalam mulut. Sumpah,aku angguk2 jer,konon faham lah dia cakap. Tapi, kau dah duduk tempat orang, nak tak nak, kena fahamkan jugak ape diorang cakap kan..Aku rase dia memang jenis old school gila kot,jenis dialek yang tak boleh nak ubah langsung..By the way, bait casting reel aku beli kat amazon. harga £28.00. Rod aku beli kat ebay £12.00. Fishing line apa sume kat kedai bawah ni.

Bill Bain's Fishing Tackle Shop



Reel pertama aku kat scotleng.


Pandangan dari depang
Ni aku beli kat pound shop. harga 1 pound

Pound shop jgk, 1 pound

Tapi, yang menyedihkan sikit, sepanjang aku mengail kat aberdeen ni, satu ekor ikan tak pernah lekat kat mata kail. macam macam teori aku ngn badriz buat, antaranya, maybe ikan tu sejuk,jadi tak aktif (ni masa mula2 kami mengail), ikan sini tak makan umpan udang (actually, shrimp is prohibited as a bait), pastu kami tukar umpan mussel,tukar cacing, tukar dedak,semua tak melekat. Tak ada rezeki lagi kot.

Untuk makluman, umpan udang tak boleh pakai kat sini, diorang cakap, umpan udang di haramkan sebab kalau pakai umpan ni,senang nak dapat. Senang nk dapat my as*.

Untuk ikan pulak, ada beberapa jenis ikan yang biasa bermain, kalau ikut musim, sekarang, mackerel pon ada kat muara laut/sungai. kadang kadang sea bass, haddock ada, bream. Kalau masuk ke hulu sket, ada la salmon dan rainbow trout. Memang ikan kat sini tak banyak jenis macam kat malaysia. Tak banyak jenis satu hal, tak makan umpan aku satu hal, at least kat Malaysia ada jugak ikan buntal yang tolong makan kan umpan aku.

Yang ni ikan Haddock, buat kari sedap.

Sea Bass, buat 3 rasa, panggang lada atau buat ikan masak daun limau purut best. Sama spesies dengan siakap jugak ni


Rainbow Trout, nk masak apa ya?boleh la nk buat ape2 pon. ikut suka mu r. malas aku layan


Tu je lah kot, lain kali kalau ada apa2 best ke, kalau aku boleh ikan ke, aku update lagi. Setakat ni,tu je lah perkongsian mengail di Aberdeen. InsyaAllah, moga ketemu lagi.

Assalamualaikum.

Tuesday, June 18, 2013

Sukan orang Melayu kita di Aberdeen

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

9 Syaaban 1434
18 June 2013
Tuesday

Aktiviti orang melayu kat Aberdeen banyak,ada jer program2, ade je kepala idea nak buat program,tak kira la program berkeluarga ke, travel sekitar castle ke.sukan ke,jemput orang makan kat rumah la,usrah seminggu @ 2 minggu sekali dan bla bla bla.

Kali ni nak cerita aktiviti sukan di Aberdeen, banyak betol kiranya aktiviti sukan kat sini, sini ada beberapa sukan yang orang melayu kat sini main,antaranya Futsal (ni paling popular), badminton (ni pon boleh tahan), golf (ni orang2 bekerjaya ramai main) dan last but not least ping pong.

Futsal ini mmg aktiviti wajib tiap2 minggu, ni lah tempat berkumpul paling ramai geng2 melayu kat sini. Kitaorg biasa main futsal di Shell Woodbank, Brother yang tukang book ni kerja shell,ada 2 orang yang selalu tukang book,brother nazli dengan brother syafiq. Kadar bayaran £40.00 sejam. Dekat Shell Woodbank ni ada outdoor court ngn indoor court. Harga sama je. Tapi main kat luor (outdoor) lagi best,pasai boleh main 2 jam ke,3 jam ke,janji xde orang book lepas tu. Sekarang musim spring-summer ni,biasa main kat luor lah,lagi untung. Waktu main pon best,pukul 7 pm,tapi terang benderang bagai sinaran lampu minyak tanah. Biasa kalau main futsal, ada dalam 10-15 orang main, ada jugak player2 import sorang dua yang menyelit. Biasa hari jumaat lah kalau main futsal,sebab esoknya ari sabtu,jadi,ada waktu nak berehat kat rumah.


Ni Indoor Court.
Player2 ada yang berkerjaya, yang student, yang international (international la sgt kan) dan terdiri juga dari Turist (turut isteri) macam aku ni.hahahaha


Superstar sedang berebut bola,goallllll.!


Brazil vs Ecuador


Yang ni playa Import dari Amerikaaaa

 Outdoor court 1

Goal keeper power ni. x pakai glove pon.

Sukan seterusnya,sukan kebanggaang malaysia,badminteng, atau badminton dalam bahasa KL, badminton biasanya puak2 ni main hari sabtu petang atau ahad petang. sekarang badminton mendapat permintaan yang tinggi dari ahli2 melayu aberdeen. Admin badminton namanya azree ngn helmi, kitaorang biasa main kat Aberdeen Sports Village. Harga satu jam £3.50, main dalam 2 jam cukup dh. Macam biasa lah,aku superstar badminton,halaju smash 400km/jam. Cuma,problem badminton satu jer, nak cari shuttlecock yang original,xnak yang plastik tu,x puas main ngn plastik.

Wakil Malaysia menentang Wakil Botswana

Made in China vs Made in Malaysia

Syeikh Faizal pon main skali?

Jumping smash power dari Lee Chong Din

Tuan Helmi cuba bermain di net dengan syeikh faizal al-ashgrovi.

Sukan ketiga popular di Aberdeen ni ialah golf, aku x main golf2 ni,ni mainan orang2 bekerja,geng2 power ni, diorang biasa main kat Kings Link Golf Course,salah satu tempat popular kat aberdeen ni. dekat je ngn rumah aku. Aku bukan tak nak main,tapi kurang minat.haha. Biasa yang main ni,brother nazli,brother kamal amri, bro Amir Ghazali, brother Isma, hafiz hamzah.Kot ada lagi yang main,aku tak sure plak. harga untuk main golf ni aku x tau,kalau aku tau,nanti aku update.

Ada orang cakap, kalau datang scotland ni tak main golf,memang rugi yang amat la. Entah,aku tak rasa pun rugi,mungkin rugi untuk sesiapa yang pemain golf la kot. 

 Mana bola golf?

Blakang tu brade isma.

Last but not least,pingpong, baru sekali game ni setup dan main ramai2, main kat ASV (Aberdeen Sports Village) jgk, rate same ngn badminton. Berapa orang je main sukan ni pon. x ramai sangat. Gambor xde lagi setakat ni nk upload untuk ping pong.sori ye geng2 ping pong.

Semoga dengan sukan ni. jadi asbab untuk merapatkan ukhuwah di kalangan melayu muslim di Aberdeen.

Salam.