Sunday, June 23, 2013

Jom Mengail di Aberdeen

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

15 Syaaban 1434
24th June 2013
Sunday

Memancing ni biasanya aktiviti aku masa lapang jugak. Aku pergi mancing sekitar aberdeen ni,ada beberapa port menarik yang boleh mancing. Dari sungai,muara, tepi laut,laut,kolam,kolam buatan,longkang.(yang ni kat malaysia je k). Aku pergi mancing dengan sifu aku biasanya. Muhammad Badriz,die ni sifu mancing kat aberdeen kot. Tapi lately ni dia kurangkan sikit aktiviti die,al maklum lah,nak sambut orang baru dalam keluarga. InsyaAllah.

Ni antara tempat2 mancing kat Aberdeen ni. :

i) Bridge of Dee river, aku first mancing kat sini aritu bulan 2,tapi masa tu kami tak tau lagi selok belok mancing kat Scotland,dengan semangat bawak batang pancing, konon nak pergi mengail, park kereta kat Balganask golf course,kami turun kat tepi pantai nk mengail,tapi pergi mancing 15 minit jer,ikan tak dapat, yang dapat tangan aku yang beku,nasib baik tak pengsan kat situ. Mat saleh tepuk tangan tengok kitaorang mengail kat situ, dalam hati diorang sah2 dia kate kami yang mengail ni gila. Ye r, macam mana nk mengail, nak ikat mata kail pon x boleh. Kadang kadang, anjing laut ada jugak jengok2 kami masa mengail tu. Maaf, gambar Bridge of Dee tak de.

ii) Aku lupa apa nama tempat ni, dekat dengan Tullos basically.kami pergi ke perkampungan/pelabuhan nelayan,sini tempat die lawa sket.macam gambar bawah ni. tapi,sejuk tu tetap sejuk,mancing 1 jam setengah,terus shoot balik,masalah sama. Tangan tak boleh nk keluarkan dari poket.

Yang ni kat pelabuhan nelayan,sejuk ya amat
 iii) Bridge of Don (2 gambar di bawah) , serious,lepas jumpa tempat ni,syukur sesungguhnya, tempat nice, selesa, yang ni kami boleh stay lama,sebab aritu temperature tinggi, dalam 14 deg celcius. Kat sini pon banyak anjing laut main2 sambil anjing laut tersebut menganjing kan kami yang tak dapat2 ikan.ciss

Muara sungai Bridge of Don,ni gambar masa bulan 4 aritu.

Bridge of Don Quay
 4) Seaton Park ni kalau kira x leh mengail, kalau nk mengail, kena beli permit,satu permit harga 2 pound. Boleh mancing satu hari, tapi aku tak pernah beli. Kiranya mengail secara illegal lah ni. Tempat ni paling best la kot. Aku pergi ngail biasa weekday,jadi takde la orang ramai kat seaton park ni. Tapi, haram sekor pon x dapat ikan.
Seaton park river,airnya deras,baling umpan,berterabur umpan aku.



Spot yang kami selalu memancing


Sometimes,swan couple with us. :)

Sifu tengah cari umpan terjatuh,

Alat2 mancing aku beli kat ebay,amazon, kadang kat poundworld (yang ni kedai harga barang satu pound sume).  Reel aku beli kat amazon, rod beli kat ebay, barang2 macam mata kail (ni pakai sifu punya), batu pemberat beli kat kedai memancing kat sini. Nama kedai tu Bill Bain Fishing Tackle,owner kedai tu pakcik tua,aku pergi kedai dia,kalau 100 ayat die cakap,30 je aku faham,ntah bahasa scottish zaman bile tah dia cakap. cakap sumbat makanan dalam mulut. Sumpah,aku angguk2 jer,konon faham lah dia cakap. Tapi, kau dah duduk tempat orang, nak tak nak, kena fahamkan jugak ape diorang cakap kan..Aku rase dia memang jenis old school gila kot,jenis dialek yang tak boleh nak ubah langsung..By the way, bait casting reel aku beli kat amazon. harga £28.00. Rod aku beli kat ebay £12.00. Fishing line apa sume kat kedai bawah ni.

Bill Bain's Fishing Tackle Shop



Reel pertama aku kat scotleng.


Pandangan dari depang
Ni aku beli kat pound shop. harga 1 pound

Pound shop jgk, 1 pound

Tapi, yang menyedihkan sikit, sepanjang aku mengail kat aberdeen ni, satu ekor ikan tak pernah lekat kat mata kail. macam macam teori aku ngn badriz buat, antaranya, maybe ikan tu sejuk,jadi tak aktif (ni masa mula2 kami mengail), ikan sini tak makan umpan udang (actually, shrimp is prohibited as a bait), pastu kami tukar umpan mussel,tukar cacing, tukar dedak,semua tak melekat. Tak ada rezeki lagi kot.

Untuk makluman, umpan udang tak boleh pakai kat sini, diorang cakap, umpan udang di haramkan sebab kalau pakai umpan ni,senang nak dapat. Senang nk dapat my as*.

Untuk ikan pulak, ada beberapa jenis ikan yang biasa bermain, kalau ikut musim, sekarang, mackerel pon ada kat muara laut/sungai. kadang kadang sea bass, haddock ada, bream. Kalau masuk ke hulu sket, ada la salmon dan rainbow trout. Memang ikan kat sini tak banyak jenis macam kat malaysia. Tak banyak jenis satu hal, tak makan umpan aku satu hal, at least kat Malaysia ada jugak ikan buntal yang tolong makan kan umpan aku.

Yang ni ikan Haddock, buat kari sedap.

Sea Bass, buat 3 rasa, panggang lada atau buat ikan masak daun limau purut best. Sama spesies dengan siakap jugak ni


Rainbow Trout, nk masak apa ya?boleh la nk buat ape2 pon. ikut suka mu r. malas aku layan


Tu je lah kot, lain kali kalau ada apa2 best ke, kalau aku boleh ikan ke, aku update lagi. Setakat ni,tu je lah perkongsian mengail di Aberdeen. InsyaAllah, moga ketemu lagi.

Assalamualaikum.

Tuesday, June 18, 2013

Sukan orang Melayu kita di Aberdeen

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

9 Syaaban 1434
18 June 2013
Tuesday

Aktiviti orang melayu kat Aberdeen banyak,ada jer program2, ade je kepala idea nak buat program,tak kira la program berkeluarga ke, travel sekitar castle ke.sukan ke,jemput orang makan kat rumah la,usrah seminggu @ 2 minggu sekali dan bla bla bla.

Kali ni nak cerita aktiviti sukan di Aberdeen, banyak betol kiranya aktiviti sukan kat sini, sini ada beberapa sukan yang orang melayu kat sini main,antaranya Futsal (ni paling popular), badminton (ni pon boleh tahan), golf (ni orang2 bekerjaya ramai main) dan last but not least ping pong.

Futsal ini mmg aktiviti wajib tiap2 minggu, ni lah tempat berkumpul paling ramai geng2 melayu kat sini. Kitaorg biasa main futsal di Shell Woodbank, Brother yang tukang book ni kerja shell,ada 2 orang yang selalu tukang book,brother nazli dengan brother syafiq. Kadar bayaran £40.00 sejam. Dekat Shell Woodbank ni ada outdoor court ngn indoor court. Harga sama je. Tapi main kat luor (outdoor) lagi best,pasai boleh main 2 jam ke,3 jam ke,janji xde orang book lepas tu. Sekarang musim spring-summer ni,biasa main kat luor lah,lagi untung. Waktu main pon best,pukul 7 pm,tapi terang benderang bagai sinaran lampu minyak tanah. Biasa kalau main futsal, ada dalam 10-15 orang main, ada jugak player2 import sorang dua yang menyelit. Biasa hari jumaat lah kalau main futsal,sebab esoknya ari sabtu,jadi,ada waktu nak berehat kat rumah.


Ni Indoor Court.
Player2 ada yang berkerjaya, yang student, yang international (international la sgt kan) dan terdiri juga dari Turist (turut isteri) macam aku ni.hahahaha


Superstar sedang berebut bola,goallllll.!


Brazil vs Ecuador


Yang ni playa Import dari Amerikaaaa

 Outdoor court 1

Goal keeper power ni. x pakai glove pon.

Sukan seterusnya,sukan kebanggaang malaysia,badminteng, atau badminton dalam bahasa KL, badminton biasanya puak2 ni main hari sabtu petang atau ahad petang. sekarang badminton mendapat permintaan yang tinggi dari ahli2 melayu aberdeen. Admin badminton namanya azree ngn helmi, kitaorang biasa main kat Aberdeen Sports Village. Harga satu jam £3.50, main dalam 2 jam cukup dh. Macam biasa lah,aku superstar badminton,halaju smash 400km/jam. Cuma,problem badminton satu jer, nak cari shuttlecock yang original,xnak yang plastik tu,x puas main ngn plastik.

Wakil Malaysia menentang Wakil Botswana

Made in China vs Made in Malaysia

Syeikh Faizal pon main skali?

Jumping smash power dari Lee Chong Din

Tuan Helmi cuba bermain di net dengan syeikh faizal al-ashgrovi.

Sukan ketiga popular di Aberdeen ni ialah golf, aku x main golf2 ni,ni mainan orang2 bekerja,geng2 power ni, diorang biasa main kat Kings Link Golf Course,salah satu tempat popular kat aberdeen ni. dekat je ngn rumah aku. Aku bukan tak nak main,tapi kurang minat.haha. Biasa yang main ni,brother nazli,brother kamal amri, bro Amir Ghazali, brother Isma, hafiz hamzah.Kot ada lagi yang main,aku tak sure plak. harga untuk main golf ni aku x tau,kalau aku tau,nanti aku update.

Ada orang cakap, kalau datang scotland ni tak main golf,memang rugi yang amat la. Entah,aku tak rasa pun rugi,mungkin rugi untuk sesiapa yang pemain golf la kot. 

 Mana bola golf?

Blakang tu brade isma.

Last but not least,pingpong, baru sekali game ni setup dan main ramai2, main kat ASV (Aberdeen Sports Village) jgk, rate same ngn badminton. Berapa orang je main sukan ni pon. x ramai sangat. Gambor xde lagi setakat ni nk upload untuk ping pong.sori ye geng2 ping pong.

Semoga dengan sukan ni. jadi asbab untuk merapatkan ukhuwah di kalangan melayu muslim di Aberdeen.

Salam.

Friday, June 14, 2013

Tips dan panduan memiliki Kereta di Aberdeen (Cash only)

Bismillah,

Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad. <3

Hari ni 14 June 2013, tinggal beberapa hari lagi M.O.T kereta aku nk expired, MOT aku expired 27 June 2013 ni, Kali ni nak cerita pasal kereta dan memiliki kereta.Ok,kita start dari mula dan keperluan2 dalam memiliki kereta di UK ni, aku beli first kereta aku di Aberdeen bulan 11 aritu,aku beli dekat Peterhead, Peterhead tak berapa jauh dari Aberdeen, 30-40 minit perjalanan sampai la, Peterhead ni pekan nelayan,so kalau nak beli seafood fresh,ha!,sini lah tempat nya. Harga Lobster dalam 12 pound sekilo, Ketam North Sea dalam 2 pound sekilo.

Ok,balik kepada cerita asal,apa yang diperlukan untuk mula memakai kereta, first and foremost,ada 4 perkara penting nk pakai kereta ni.

1. Insurans.
2. M.O.T Check
3. Road Tax
4.Duit.

Insurans rasanya normal kot,kat malaysia pon ada jugak kan,cumanya,insurans dekat sini lagi senang dibeli dan mudah urusannya. sometimes,insurans kereta lebih mahal dari kereta tu sendiri,aku punya 1st insurans kereta cecah 640 pound,kereta 550 pound jer. Tips2 nk beli insurans banyak,macam aku,aku cuba macam2 dalam website insurans tu,aku try tukar alamat la,tukar tempat parking,tukar tarikh sampai kat aberdeen,semuanya dibuat untuk dapatkan harga insurans paling murah. Aku amek insurans 'admiral'.Admiral ni one of insurans company yang berpuluh2 ada di UK ni.

M.O.T ni stands for Ministry of Transport. M.O.T checks ni nak kena buat untuk capai standart safety jalan raya ngn environmental standards,so,kalau kereta kita ada problem,contoh macam gas emission lebih dari paras bahaya,mereka akan adjust atau repair sampai kereta tu capai requirement gas tu. Untuk kereta baru beli,first MOT test untuk 3 tahun,n then, lepas dari tu,setiap tahun kena buat MOT. Selagi MOT x lepas,selagi tu keter ko x boleh bwk atas jalan.

Road tax sama macam malaysia jgk,ada 6 bulan,ada 1 tahun,simple saje,x perlu explain lebih2 kot yang ni. Geng2 penguatkuasa sini suka round2,tengok kereta2 tepi jalan kalau ada yang road tax mati,diorang clamp la tayar.Smpi mcm tu sekali?yer,sampai macam tu skali.

Ke  empat ialah Duit,duit kena la ada nak beli kereta,beli kereta kat sini agak senang dan sangat mudah. Katakan kita nk cari kereta,kita cari dalam gum tree (macam mudah.com) contoh nya. Dah jumpa kereta yang berkenan,kita cuba call,set an appointment,jumpa,tgk kereta,test drive sket,kalau rasa dh OK,bayar kereta,isi form V5C,kita pon drive kereta bawak balik. Mudah kan? Kereta kami jenis Mitsubishi Space Star Wagon. Kereta aku ni dibeli GBP 550.00.Ok la nak pusing2,tapi, la ni dah problem,bawak jalan dekat2 je lah.

                                                  Mitsubishi Space Star Wagon 1.3L

Aku plan nk tukar kereta baru,radiator kereta dah rosak,kos repair lebih dari 300pound,tak padan untuk aku repair,sebab ada sorang kat Aberdeen ni nak jual kereta GBP400. ingt nak la angkut sebijik. 

Wassalam.





Thursday, June 13, 2013

Kedai2 Makan Halal di Aberdeen


Bismillah,

Mulakan entri dengan selawat ke atas Rasullulah Junjungan Mulia.
Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad.

Ok, Entri kali ni berkenaan dengan kedai-kedai makan halal di Aberdeen, di Aberdeen ada beberapa kedai makan dan lepak yang halal. Beberapa nama kedai yang ada di sekitar Aberdeen dan agak popular di sini di kalangan orang Melayu Muslim Malaysia seperti El Andalus di jalan george street, Lahore Karahi di King Street, Manzil di King Street, Shawarma di Forester Hill, Sharlimar di King Street jugak, Mezes  (yang ni aku x ingt apa nama jalan dia), Sabai (kedai Thai) dan beberapa lagi aku tak sebut,sebab aku pon tak pernah nak pergi kedai siam tu.

Dalam banyak2 nama yang aku sebut tadi tu,yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Muslim Malaysia ialah El Andalus,banyak kali kot aku pegi lepak situ ngn geng2 melayu kat sini,sebab kat situ yang paling sempoi, boleh duduk lame2 di kedai diorang, diorang pon xde macam nk2 halau bila kita stay kedai diorang lame2,kitaorang pon tak lah segan sangat nak bising2 macam kita lepak kat kedai mamak di Malaysia tu. Pekerja2 kedai ni pon ada yang pernah keja di Malaysia. So far,kedai ni paling reasonable dari segi pricing dan keenakan rasanya. Lauk-lauk yang ada kat kedai ni macam biasa lah,srupa macam kat kedai2 mamak di sekitar UK ni.Tak ada beriani,tak nama mamak la kan. So,menu normal ialah beriani (lamb,chicken or vegetable), shish kebab, doner kebab, kebab itu, kebab ini, calazones, apa lagi?tikka,curry (rajan gosh,rajan gish,dan macam2 jenis kari lagi), papadum (yang ni sampingan). Minuman kat sni limited sikit,kalau berasa nk minum tea o ais ke,milo ais ke, neslo ke, batalkan niat,sebab kedai ni ada air coke,sprite,orange jus (yang dalam botol), indian tea, dengan mango lassi. Yang jadi pilihan budak2 ni mango lassi jer lah. sebab itu je yang rare skit,yang lain,korang boleh buat dan beli sendiri je.


Ni ha gambor kedai andalus,hak cipta tak terpelihara,sebab aku amek gambor kedai ni pon bukan kena bayor.


Harga harga diorang agak competitive sket,makanan kat Aberdeen ni mahal2 sket,bukan sket lah,banyak mahal,2nd kot after London, kalau nasi beriani kambing,harganya GBP 7.99, chicken beriani, GBP 5.99, yang lain2 aku berapa ingt sangat,tapi range harga in between 5 pound to 10 pound. Tak lebih dari tu. So, kedai ni agak murah la berbanding kedai2 lain seangkatan dengannya,sepengetahuan aku lah. untuk lamb beriani,nasik dia agak banyak. kenyang ya amat jugak lah kalau makan kat situ.


So, aku nak rate sikit kedai ini.haha.suka2 aku jer nak rate kedai orang kan.

Rate 1-10

Food Variety: 5, Service: 3, Price: 5, Taste:4.5, 
Comfortability: 5,.

Tu je lah kot setakat ni, lepas ni aku try kedai lain lain pulak,nk juga ambil gambar keda,senang nak jadi rujukan orang nanti. Ok lah.Wassalam.


Tuesday, June 11, 2013

Trip ke Korea Selatan

Bismillah

Gambar gambar sekitar korea selatan.

Air terjun apa name ntah,ni dekat Pulau Jeju. nak masuk pon kena bayar.




yang ni pon kat Jeju island.

Salah satu pokok bonsai di Halla Arbetum Park
Japyeong Beach
konon2 mangga cinta lah ni...ni di Seoul Tower.
Pengalaman pergi Korea ni x leh menarik mana,cuma,paling best bagi aku,masa pergi Jeju Island,yang tu memang agak berbaloi,tapi,time di Seoul x menarik,dengan jalan jem,dengan itu,dengan ini. Aduhh..Lepas ni,kalau nk pergi Korea pon,nk pegi Jeju Island je.


Tuesday, June 4, 2013

Sambung Belajar lagi.. Msc Project Management

Bismillah,
Alhamdullilah,sekali lagi diberi peluang untok sambung belajor di peringkat Master Degree. Aku dapat tawaran sambung belajar di Robert Gordon University, dan tawaran 'loan-scholarship' dari Mara telah berjaya,cuma menunggu urusan mengisi borang tawaran.

Pemilihan Robert Gordon University sebab aku sekarang pon duduk kat Aberdeen,pada mulanya,aku nak pilih University Of Aberdeen (sebab lebih dekat dengan rumah aku,8 minit je jalan kaki),tapi disebabkan AU (Universiy of Aberdeen) takde offer untuk full time punya mode, aku terpaksa beralih arah ke RGU. Jarak RGU ke rumah aku pon 10 minit drive jer.

InsyaAllah, bulan september ni,start la kehidupan aku sebagai student.hahaha.dah 5 tahun aku tinggal buku,tapi tu dok menghalang aku untuk belajor lagi.lagi pulok,ni antara course yang aku minat,sebab relate dengan kerja aku dulu. Harap2,dengan master ni,boleh jadi added value untuk aku.

Tapi yang jadi masalah untuk aku,aku tgh planning nk letak kat mana anak2 aku ni,dh la kecik2 lagi,harap2 ada orang malaysia sudi mari sini,jaga anak2 aku,aku bayar la gaji serba sedikit.at least ada mutual benefit. haha.



zuhair di Dunottar Castle.