Thursday, June 13, 2013

Kedai2 Makan Halal di Aberdeen


Bismillah,

Mulakan entri dengan selawat ke atas Rasullulah Junjungan Mulia.
Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad.

Ok, Entri kali ni berkenaan dengan kedai-kedai makan halal di Aberdeen, di Aberdeen ada beberapa kedai makan dan lepak yang halal. Beberapa nama kedai yang ada di sekitar Aberdeen dan agak popular di sini di kalangan orang Melayu Muslim Malaysia seperti El Andalus di jalan george street, Lahore Karahi di King Street, Manzil di King Street, Shawarma di Forester Hill, Sharlimar di King Street jugak, Mezes  (yang ni aku x ingt apa nama jalan dia), Sabai (kedai Thai) dan beberapa lagi aku tak sebut,sebab aku pon tak pernah nak pergi kedai siam tu.

Dalam banyak2 nama yang aku sebut tadi tu,yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Muslim Malaysia ialah El Andalus,banyak kali kot aku pegi lepak situ ngn geng2 melayu kat sini,sebab kat situ yang paling sempoi, boleh duduk lame2 di kedai diorang, diorang pon xde macam nk2 halau bila kita stay kedai diorang lame2,kitaorang pon tak lah segan sangat nak bising2 macam kita lepak kat kedai mamak di Malaysia tu. Pekerja2 kedai ni pon ada yang pernah keja di Malaysia. So far,kedai ni paling reasonable dari segi pricing dan keenakan rasanya. Lauk-lauk yang ada kat kedai ni macam biasa lah,srupa macam kat kedai2 mamak di sekitar UK ni.Tak ada beriani,tak nama mamak la kan. So,menu normal ialah beriani (lamb,chicken or vegetable), shish kebab, doner kebab, kebab itu, kebab ini, calazones, apa lagi?tikka,curry (rajan gosh,rajan gish,dan macam2 jenis kari lagi), papadum (yang ni sampingan). Minuman kat sni limited sikit,kalau berasa nk minum tea o ais ke,milo ais ke, neslo ke, batalkan niat,sebab kedai ni ada air coke,sprite,orange jus (yang dalam botol), indian tea, dengan mango lassi. Yang jadi pilihan budak2 ni mango lassi jer lah. sebab itu je yang rare skit,yang lain,korang boleh buat dan beli sendiri je.


Ni ha gambor kedai andalus,hak cipta tak terpelihara,sebab aku amek gambor kedai ni pon bukan kena bayor.


Harga harga diorang agak competitive sket,makanan kat Aberdeen ni mahal2 sket,bukan sket lah,banyak mahal,2nd kot after London, kalau nasi beriani kambing,harganya GBP 7.99, chicken beriani, GBP 5.99, yang lain2 aku berapa ingt sangat,tapi range harga in between 5 pound to 10 pound. Tak lebih dari tu. So, kedai ni agak murah la berbanding kedai2 lain seangkatan dengannya,sepengetahuan aku lah. untuk lamb beriani,nasik dia agak banyak. kenyang ya amat jugak lah kalau makan kat situ.


So, aku nak rate sikit kedai ini.haha.suka2 aku jer nak rate kedai orang kan.

Rate 1-10

Food Variety: 5, Service: 3, Price: 5, Taste:4.5, 
Comfortability: 5,.

Tu je lah kot setakat ni, lepas ni aku try kedai lain lain pulak,nk juga ambil gambar keda,senang nak jadi rujukan orang nanti. Ok lah.Wassalam.


2 comments: